Tuesday, May 31, 2005

Bayi Cerdik: Dedikasi Kepada Muhammad Iqbal Nu'aim

Muhammad Iqbal Nu'aim dilahirkan pada 16 hb. Februari 2003 pada jam 10.30 malam di Hospital Seri Manjung, Lumut Perak Darul Ridzuan. Dialah penyeri hidup kami. Penghibur di kala runsing, pemangkin gembira ketika sedih. Dikaulah permata hati kami

Buku Bayi Cerdik terbitan PTS Publications & Disributors Sdn Bhd. Diabadikan gambar Muhammad Iqbal Nu'aim semasa kecil.

Monday, May 30, 2005

Selamat Datang Ke Laman Penyeri Taman Mawaddah Wa Rahmah

Assalamualaikum,
Laman ini didedikasikan khas untuk anak dan bakal anak kami. Ia adalah tempat dicoret segala memori kami bersama anak-anak bagi panduan sesiapa yang membaca. Laman ini akan diabadikan buat setiap ahli dan bakal ahli keluarga Mawaddah Wa Rahmah : Fauzul & Nurul. Harapan kami, ia dapat memberikan manafaat kepada sesiapa yang melawat. Selamat membaca